Sunday, April 11, 2010

Imbas Kembali......... Pahit Manis di Alam 6 rendah

Di suatu petang yang hening... juga dalam keadaan yang masih lagi tertekan... aku mengambil keputusan untuk mem"packing" pakaianku khususnya pakaian sekolah (tingkatan6) untuk sesi persekolahan pada keesokan harinya... selang beberapa minit selepas itu, datang lah Naqiu dan Zaqwan, bersama kenderaan lagenda & modenas kriss yang berkuasa tinggi berpacuan 2 roda... Naqiu lantas menunjukkan kepada ku senaskhah akhbar Berita Harian dan beriya-iya menyuruhku membaca sepotong 'artikel':

"pik, tgk ni... muko depe skali nah wei... isu penambahbaikan tingkatan 6 kpd taraf pra-U boh!.. sep kito tu.... tgk staro mano taraf sep kito esok2..."

Aku membaca petikan tersebut, lantas perasaan lega menyelubungi jiwaku seketika.... namun aku hanya mampu membalas secebis ukiran senyuman sahaja... tanpa mengulas panjang, aku segera menaiki motosikal Lagenda milik naqiu dalam keadaan hatiku yang masih tertanya-tanya,

"joloko aku nk msuk t6 nih... doh la xramai pn saem2 aku hok msuk t6.... 3 ore jah tmasuk aku hok bekas falahiah... malu besar gini gak... hhmmmm.... xdok ko u mano2 hok nk terimo aku... sdih arr gni... nyesal xngaji sunggoh mulo..."

No comments:

Post a Comment